Kamis, 23 Februari 2012

Tak Seberuntung Itu

Jalan kecil nan berkerikil menatapku

Menunggu untuk aku lewati

Dalam setiap aku mencari

Hakikat dari jati diri


Jalan lurus nan halus melihatku

Berharap untuk aku lalui

Dalam setiap aku mencari

Hakikat dari hati


Jalan bergelombang nan panjang mengawasiku

Berharap untuk aku jelajahi

Dalam setiap aku mencari

Hakikat dari raga ini


Jalan berkelok nan pula bengkok mengintaiku

Berharap untuk aku telusuri

Dalam setiap aku mencari

Hakikat dari ketenangan ini


Jalan yang sepi nan pula berduri mengincarku

Berharap untuk aku jamahi

Dalam setiap aku mencari

Hakikat dari penaut hati ini


Tak seberuntung itu aku

Dalam menjelajah semua jalan

Kerana tak berpengalaman

Kerana tak punya kawan


Aku berharap ada yang sudi menjadi pendamping ku

Dalam setiap melalui jalan itu

Sehingga hati ini tertaut

Hanya pada Illahi Rabbi.